Wednesday, 4 December 2013

BAJET???

Assalammualaikum...jadi hari ni aku tak nak menaip dalam bahasa inggeris (tengok keadaan) haha
jadi aku rasa tajuk aku di atas ni mesti kau orang semua macam dah boleh agak apa yang aku nak cakap kan.
Hmm...bagi aku kan manusia ni memang ada sahaja yang hendak di komennya. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka ini semua. Sebab bukan apa ni semua kes HASAD DENGKI.

Ok aku bagi contoh. Kalau ke kelas aku pakai lawa-lawa, tapi ada saja yang mengatakan dekat aku "Kau ni tak ada baju kurung ke?" atau "Kau ni pakai tak bertempat."
Aku dah macam "Siapa kau untuk menghakimi aku?"
 Manusia macam ni lah yang aku kategorikan TYPICAL PEOPLES

Jadi kalau aku ke kelas tak kan aku nak pakai selekeh? Buruk? Baru puas hati kah? Tapi kalau aku pakai selekeh pula nanti komen kata "Selekehnya...". Bukan aku pakai menjolok mata ke apa.

Jangan katakan aku sahaja yang kena. Aku rasa semua orang pernah rasa kan? Jadi tak baiklah nak komen mengenai diri orang kalau diri sendiri tu pun tak terurus. Bak kata orang putih DONT JUDGE ME UNLESS YOU ARE PERFECT

Secara am nya aku rasa kita semua tahu dalam dunia ni tak ada manusia yang sempurna. Katakan tidak sempurna dari segi fizikal ada sahaja manusia yang tidak sempurna dari segi akhlak dan perangai. Manusia memang tidak sempurna dan ada sahaja kelemahan serta kekurangan. Yang sempurna hanya Allah S.W.T. Manusia ni bila dah diberikan akal fikiran tidak mahu menggunakan untuk berfikir positif tetapi sebaliknya terus set kan mode di dalam otak benda negatif.

Aku bagi contoh lain lagi. Aku selalu menaip status dalam bahasa inggeris sselalunya jadi orang semua mengatakan pada aku "Bajet mat salleh" Aku rasa nak tergelak besar. Kenapa bang aku dengan cakap aku bajet mat salleh kenapa tak bang mat salleh terus sebab bahasa mereka?
Sejak kecil sebelum masuk tadika lagi ibu bapa sendiri kalau boleh mahukan anak mereka belajar bahasa inggeris sebab bahasa antarabangsa adalah bahasa inggeris. Malah mata pelajaran yang dipelajari ada BAHASA INGGERIS siap buat karangan bagai. Siap masuk dalam peperiksaan penting hingga aku masuk politeknik sekarang pun kena belajar English Communication Skills. Lagi parah bila semua subjek sekarang kebanyakannya dalam bahasa inggeris. Dulu masa aku sekolah rendah aku memang tak fasih dan aku ni buta huruf mengenai bahasa ni. Aku digelakkan rakan sebab bodoh berbahasa inggeris sebab aku bersekolah di Sekolah Rendah Convent Infant Jesus 2 di Melaka yang rata-ratanya orang tahu sejak dari dulu sekolah ni stail mat salleh.

Jadi bila aku belajar bahasa inggeris dan sudah menguasainya orang kata aku bajet mat salleh? Baru aku belajar bahasa inggeris belum belajar bahasa perancis. Mesti teruk lagi kena. Aku taip status ke apa semua dalam bahasa inggeris sebab aku tak nak lupakan bahasa ni terus. Ni pun bila dah masuk poli aku dah mula lupa apa makna dia dalam bahasa inggeris. Senang kata nak mantapkan bahasa inggeris.

Sebenarnya kalau diberikan konklusi manusia memang tak akan pernah berhenti mengutuk dan memerli orang. Jadi buat pekakkan telinga dan buat tak tahu saja. Nanti lama-lama diam juga. Mulut manusia ni mana boleh nak tutup bukan mulutnya tempayan yang boleh ditutup macam tu sahaja. Memanglah sakit hati sebab kebenarannya kita tahu kita tak seperti apa dia orang cakapkan tapi kalau kau terangkan dia orang lagi bang teruk. Memang akan buat kita kehilangan keyakinan diri. TAPI jangan mengalah dan teruskan tabahkan hati tu.

SMILE. YES YOUR SMILE CAN KILL YOUR HATERS.

p/s: oh orang yang suka bang ni sebenarnya dia sebenarnya tak mampu nak lakukan macam kita jadi dia perli nya kita. orang yang suka kutuk pakaian aku beberapa bulan lepas tu dia pula ke kelas dia pakai balik benda sama macam aku. Yang kata aku bajet mat salleh tu? Masa cikgu suruh terangkan apa yang dia faham diterangnya dalam bahasa inggeris padahal aku dan yang lain dalam bahasa melayu. HAHA siapa yang bajet sekarang ni?

Ni aku nak kongsikan video matluthfi yang bertajuk "JUDGEMENTAL"


No comments: